AKMK

Kecemerlangan Diteruskan, Kualiti Diutamakan

History of KMK



Sejarah
Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) mula dibina pada tahun 2001 di Mukim Temin, daerah Kubang Pasu, Kedah dengan keluasan kawasan sebanyak 76.8 ekar.
Terletak 1 km dari pekan Changlun di Jalan Changlun-Kodiang. Kolej ini mula beroperasi pada 1 Mac 2003.
Sesi pertama bermula pada 5 April 2003 dengan  pengambilan pelajar seramai 1360 orang pelajar. 


Moto

"Kualiti Menjana Kecemerlangan" 
 
Visi

"Kolej Matrikulasi Kedah pelaksana terunggul Program Matrikulasi di Malaysia "

Misi
"Kolej Matrikulasi Kedah beriltizam menyediakan pelajar cemerlang dan berdaya saing untuk universiti dalam dan luar negara melalui persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi ke arah memenuhi aspirasi negara"

Peta
Peta dan tunjuk arah dari lebuh raya PLUS ke Pekan Changlun, seterusnya ke Kolej Matrikulasi Kedah.




 Sekitar BUMI K.M.K.

Masjid Khulafa' Ar-Rasyidin



Masjid Khulafa' Ar-Rasyidin. Pusat tumpuan pelajar Islam beribadah dan markas yang dahulunya Pusat Islam(PI) kini menukar nama Majlis Tindakan Dakwah(MTD). Berada di tengah KMK, di kelilingi oleh bangunan tutorial, dewan utama KMK, asrama pelajar lelaki dan perempuan.

 Perpustakaan KMK
Gedung ilmu. Bahan-bahan rujukan dan tambahan ilmu semua ada disini.
 Dihadapan perpustakaan mempunyai dataran yang agak luas. Segala aktiviti akan dibuat disitu selain padang bola.

 Arkib KMK
  Sejarah KMK, KAKOM, daan gegala macam aktiviti yang pernah berlaku akan disimpan disini. Dijadikan sebagai pusat maklumat untuk pelajar, pensyarah dan orang luar yang datang ke sini.

 Serambi Pelajar
 Dahulunya hanyalah dataran biasa sahaja. Kini dibangunkan prasarana yang baik untuk pelajar dan pensyarah. Kafeteria pentadbiran, bilik pensyarah(cubic)

Pintu Gerbang

 Pintu masuk utama ke Istana KMK. Nama "Kolej Matrikulasi Kedah" jelas kelihatan.

AKMK : Mula Mengorak Langkah

13 Februari 2010, sebuah perstuan alumni bagi Kolej Matrikulasi Kedah telah berjaya didaftarkan dengan jayanya menggunakan nama "Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Kedah" dan diberikan singkatan kepada namanya "AKMK" dan secara rasminya alamat berdaftarnya adalah seperti berikut :


PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI KEDAH
Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pelajaran Malaysia
06010 Changlun
Kedah Darul Aman

Bertempat di tempat tertubuhnya persatuan alumni ini, Kolej Matrikulasi Kedah satu jawatankuasa sementara telah ditubuhkan bagi menggerakkan persatuan ini, selangkah demi selangkah sesuai dengan umurnya yang baru setahun jagung. Perlu diingat bahawa jawatankuasa ini hanyalah sementara dan mesyuarat yang seterusnya akan menyusul selepas ini.

Objektif :      
1. Menarik lebih ramai pelajar untuk turut serta dalam persatuan 
2. Mendedahkan apa yang berlaku kepada persatuan  
3. membantu untuk meningkatkan pencapaian akademik dan lain-lain kepada pelajar
4. Mewujudkan stu hubungan baik antara bekas pelajar dan pelajar KMK

Keahlian :
Secara asasnya keahlian bagi AKMK ini terdiri daripada 2 jenis keahlian iaitu : 
1. ahli biasa : - terdiri daripada bekas pelajar Kolej Matrikulasi Kedah 
2. ahli kehormat : - terdiri daripada Pegawai Kolej Matrikulasi Kedah dan Bahagian
                               Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia 

Walaubagaimana pun, borang permohonan untuk menjadi ahli masih belum disiapkan. Harap, kalian dapat menunggu kerana perkara ini masih lagi dalam proses dan mesyuarat yang seterusnya akan diadakan secepat mungkin. BERSABAR ya... ;p